Thursday, March 31, 2011

sudah tidak kuat lagi...aku sudah tidak kuat lagi...

sudah tidak kuat lagi...aku sudah tidak kuat lagi...
semangat aku sudah berguguran seperti gugurnya daun-daun sebelum hujan hari ini... kelam dan suram.
semahunya aku merintih pada langit yang berpenuh bintang di malam hari...
...tapi malam ku tidak lagi berbintang, yang ada cuma gelap...
seperti juga mimpi dan impian serta angan ku yang sudah kabur, hampir hilang kerana aku tidak gemggamnya kuat-kuat...
kemanakah perginya aku yang dulu, gembira ceria, riang dan penuh tawa,
mungkinkah jalan yang aku lalui ini penuh liku-liku dan duri-duri,
hanya tuhan saja yang tahu...

aku rindu teman-teman aku yang dulu, rindu...
aku mahu mendengar celoteh serta jawapan aweh lagi,
aku mahu mengusik sapiq yang bercinta dengan ain lagi,
aku mahu melihat afid yang selalu asyik bermain game lagi,
aku mahu lihat nazrul yang selalu mahu berjogging di petang hari lagi,
aku mahu mendengar lagi zariin yang selalu asyik bertanya itu dan ini, 
aku mahu lihat lagi daus dan keon yang selalu berkelahi dan kadang kala di aqiqah maraton, 
aku mahu juga lihat shahril yang selalu menelan makanannya bukannya makan. 
aku mahu lihat diri aku yang selalu gembira melihat ragam mereka lagi,
aku rindu barangkali...

1 comment: